STEM FOR KIDS + SLOT MOTIVASI BERSAMA ABG DEEN
Insyaallahu Taala, pada 10 Dis 2017 ni kita akan adakan One Short
Program di UTM. Seramai 100 orang peserta sasarannya. Dan peserta yang
berdaftar setakat ini dah mencecah 80 lebih orang peserta. Mudah-mudahan jumlah
itulah yang bersama kami di dalam program nanti.
STEM FOR KIDS adalah satu program non academic + program
motivasi serta semangat kepada adik2 berumur 9 tahun hingga 12 tahun yang tinggal di
sekitar Johor Bahru. Matlamat dan objektif program ini adalah :
- Meningkatkan minat dalam
bidang sains dan matematik khususnya.
- Secara tidak langsung,
menambah minat dan kefahaman dalam aplikasi sains dan matematik dalam
kehidupan seharian.
- Dalam masa yang sama,
pengisian intelektual, pengasahan fokus, peningkatan semangat adik2 ini
diberi sebagai suatu pemantapan input dalaman supaya adik2 lebih bersedia
untuk buka sekolah tidak lama lagi.
- Pengisian cuti sekolah
yang cukup bermanfaat dan menyeronokkan.
Nantikan beritanya nanti…
Tazzabarrnyaa….
Comments
Post a Comment