Program Bijak Sifir di Klang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Syukur Alhamdulillah, Insyaallah Modul Bijak Sifir yang saya bangunkan mendapat permintaan dari ibu ayah selepas dari program pertama yg kami jalankan di Bait Al Hasanah Klang. 

bersama Team Eman Training & Motivation
Program pertama ni asalnya permintaan dari sebuah konsultan femes juga di KL. Banyak program2 motivasi dan kerohanian yang telah dijalankan oleh konsultan ini. Tetapi disebabkan permintaan dari pihak zakat Selangor inginkan Program akademik untuk subjek matematik, mereka mencari-cari dan bertanya-tanya kepada ‘pakcik Google’ . Mungkin program2 berbentuk matematik ni konsultan saya antara yg dilihat dalam list pakcik google tu kot.

 Dipendekkan cerita, lepas mereka request, sy bangunkan modul Bijak Sifir ni, dan jalankan di sana.
 Alhamdulillah, xpayah tunggu habis program. Di tengah2 slot yg saya jalankan, duk kulu kilir, tetiba ada seorang pelajar bagi sticky note pada saya yang tertulis “ saya suka program ni. Saya suka cikgu atiqah”.. adoi! Kalau hang semua dapat note macam tu setelah berpenat lelah, apa hang ghasa..~luluh jantung cikgu terharu…






"gunalah otak kamu utk berfikir anak2.." haha..



aktiviti topik pecahan











Alhamdulillah, kami bagi rating feedback dan respon dari peserta program ni adalah 90 % ke atas. Sebabnya mereka request lagi untuk kami adakan lagi di sana..wowweee!!


I luv u lah semua anak2 bait al hasanah. Sporting!!

#rahsiasifirbijaksifir
#hafalsifirtanpaperluhafal

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM AULAD PINTAR MEMBACA

Bijak Sifir di Ayden Innovation Islamic School. (22 Sept)

Salam Pengenalan dari NTC